SESI COACHING YANG MEMBANTU PEMILIK BISNES MEMBANGUNKAN S.O.P BISNES DENGAN 7 LANGKAH MUDAH & PRAKTIKAL
7 langkah itu merangkumi langkah sebelum, semasa dan selepas membuat S.O.P.
Antara Kandungan Bengkel
• Apa itu S.O.P
• Mengapa bisnes perlu ada S.O.P
• Beza antara proses dan S.O.P
• 3 elemen utama wajib ada dalam membuat S.O.P
• 7 langkah mudah membuat S.O.P
• Bagaimana memantau perlaksanaan S.O.P
• Kenapa S.O.P perlu dikemaskini
• Cara menyediakan tim melaksanakan S.O.P dalam syarikat
Ia akan dikendalikan secara 'hands-on'di mana peserta akan dibimbing untuk membuat S.O.P untuk tugasan/bisnes mereka sendiri dari langkah pertama hingga terakhir.
Dan seperti sesi coaching yang diadakan sebelum ini, Insya Allah, di akhir sesi nanti peserta akan pulang dengan:
• Kemahiran membuat S.O.P.
• Kemampuan membimbing orang lain untuk membuat S.O.P menggunakan manual yang diberikan.
Apa Kata Peserta Sebelum Ini
TrainerAnda
Tuan Mazlan Mohamad
Beliau berpengalaman kerja selama 21 tahun sebagai pengurus dan pernah berkhidmat di sebuah anak syarikat milik sebuah IPTA di dalam bidang pengurusan syarikat, tadbir urus korporat dan pembangunan perniagaan, latihan dan perundingan.
Kepakaran beliau adalah dalam merancang dan menghasilkan dokumen bisnes seperti rancangan perniagaan (business plan), perancangan strategik, kertas cadangan perniagaan, S.O.P (standard operating procedure), dokumen mesyuarat ahli lembaga pengarah dan minit mesyuarat.
Beliau juga merupakan seorang penulis buku berkaitan bisnes seperti buku Terbang Tinggi Seperti AirAsia, Membina Bisnes Gaya AirAsia, 7 Langkah Mudah Membuat S.O.P untuk Bisnes Kecil dan 5 Langkah Mudah Merekod Buku Tunai
Tarikh & Masa
Sabtu
9.30 pagi - 2 petang
Tempat
Subang Bestari / Kota Damansara, Kuala Lumpur
Yuran
RM550 SAHAJA SEORANG
Manual S.O.P bercetak sebagai rujukan dan worksheet
‘Fine tune’ S.O.P yang dibuat peserta
* Pihak kami akan hubungi anda selepas membuat pendaftaran @ boleh juga maklumkan kepada kami melalui Whatsapp bersama tarikh yang dicadangkan.