PROGRAM KORBAN & AQIQAH DI KEMBOJA 1445H/2024M
KELEBIHAN MENUNAIKAN IBADAH KORBAN
Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah. Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat.
Nabi SAW juga telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
HUKUM MENUNAIKAN IBADAH AQIQAH
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Sebaik-baiknya dilakukan di tempat sendiri, namun diharuskan dilakukan ditempat lain yang lebih memerlukan.
PERSATUAN KAUNSELOR PENDIDIKAN MALAYSIA menawarkan khidmat pengurusan Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja. Mengapa Kemboja menjadi pilihan?
Bertujuan untuk membantu umat Islam terutamanya yang fakir miskin di Kemboja. Umat Islam merupakan masyarakat minoriti di Kemboja dan kebanyakan mereka hidup susah dan serba kekurangan di sana.
BAYARAN PENDAFTARAN AQIQAH
SATU BAHAGIAN LEMBU: RM 370.00
SEEKOR LEMBU: RM 2590.00
PERAKUAN & NIAT:
Adalah dengan ini diakui bahawa saya/kami mewakilkan PERSATUAN KAUNSELOR PENDIDIKAN MALAYSIA untuk menguruskan ibadah korban kami di Kemboja dengan bayaran yang dipersetujui kerana Allah Taala. Semoga Allah menerima amalan korban ini.
Sekian, Terima kasih
ARAHAN PENDAFTARAN - PIHAK KAMI AKAN BERHUBUNG DENGAN TUAN/PUAN SETELAH PENDAFTARAN DIBUAT
Berikan maklumat berikut;
1. Nama Penuh
2. Email
3. No Telefon
4. Alamat
4. Penama Korban/Aqiqah (sila isi menggunakan HURUF BESAR)
PROSES KHIDMAT PENGURUSAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH
1. Pendaftaran dilakukan dan bayaran dibuat mengikut harga yang ditawarkan.
2. Dengan menghantar pendaftaran dan maklumat yang diperlukan, bermaksud peserta bersetuju melantik PERSATUAN KAUNSELOR PENDIDIKAN MALAYSIA sebagai wakil menguruskan ibadah korban dan aqiqah.
3. Bukti pelaksanaan iaitu resit, gambar dan sijil akan disertakan dan diserahkan kepada peserta.
Selain itu, kami juga menganjurkan program-program waqaf seperti waqaf perigi, waqaf tandas dan quran
JOM DAFTAR SEKARANG !!!